Susulan hasil dapatan pemantauan inisiatif ICT PKG Rantau Panjang pada 1 April 2016 di SJKT LADANG Kampong Baru mendapati VDI Thin Client tidak beroperasi sepenuhnya dan masalah penyambungan talian internet yang bermasalah.
Sehubungan itu. Khidmat Bantu telah di adakan pada hari Isnin,4 April 2016 dengan bantuan teknikal FT Dan pegawai PKG Rantau Panjang di bilik ICT, sekolah tersebut.
Khidmat bermula pada jam 9 pagi sehingga 11.30 pagi telah mendapat kerjasama yang baik dari guru penyelaras ICT sekolah tersebut Cik Subashini.
Troubleshoot dipermudahkan lagi dengan bantuan Helpdesk yang membuat seliaan atas talian.
Hasil akhir kidmat Bantu ini berjaya sepenuhnya menyelesaikan masalah pengoperasian VDI Thin Client Dan penyambungan internet.
