Kursus Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah untuk Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Daerah Kuala Selangor 2016 telah diadakan di PKG Bukit Badong Selama 5 hari bermula 11 April sehingga 15 April 2016.
Kumpulan sasaran adalah Guru Perpustakaan Media (GPM) sekolah ahli daerah Kuala Selangor yang belum mempunyai kursus asas pusat sumber.
Kursus ini turut dikendalikan oleh Jurulatih Utama (JU) dan Pegawai Teknologi Pendidikan sekitar daerah Kuala Selangor. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan perkara asas dan peranan serta tanggungjawab GPM dalam memikul tugas GPM disekolah. Kursus ini juga mendedahkan pelbagai kaedah dan teknik pemprosesan buku, bacaan murid untuk NILAM dan aktiviti berkumpulan.
