Selamat Datang ke Portal Sokongan

Import Maklumat Murid Ke Dalam VLE




Dimaklumkan sistem 1BestariNet telah dipertingkatkan dengan pertambahan fungsi bagi pengemaskinian maklumat murid yang membolehkan setiap sekolah mengimport data murid terkini ke dalam VLE daripada pangkalan data APDM. Pentadbir VLE di sekolah kini dapat mengimport maklumat murid ke dalam VLE secara pukal melalui fungsi import yang terdapat di dalam aplikasi ‘Users’.
Dengan pertambahan fungsi ini, proses import maklumat murid ke dalam VLE dapat dilakukan sendiri oleh Pentadbir VLE di setiap sekolah dengan menggunakan data murid yang diinput di peringkat sekolah masing-masing. Proses ini membolehkan:
 Pengemaskinian dilakukan untuk semua kelas dan murid di sekolah terbabit.
 Pertambahan maklumat semua murid baru
 Pengemaskinian tingkatan/ kelas murid, dan
 Pembetulan sebarang kesilapan data atau maklumat yang tidak lengkap untuk murid tersebut.
Tatacara pelaksanaan proses import maklumat murid diperincikan di mukasurat seterusnya.  Pihak sekolah dinasihatkan untuk meneliti dan memahami panduan yang telah disediakan ini terlebih dahulu, sebelum melaksanakan proses import di sekolah masing-masing.

Sebarang pertanyaan ataupun menghadapi sebarang masalah berkaitan dengan proses import maklumat murid ini, sila hubungi meja bantuan 1BestariNet (018-7998787 atau moesupport@ytlcomms.my).

kredit ; http://pkgbakri.net/

Attachments:
Download this file (SOP Proses Import Maklumat Murid ke VLE.pdf)SOP Proses Import Maklumat Murid ke VLE.pdf[Tatacara pelaksanaan proses import maklumat murid]992 kB
Share this post :
.

PENGUMUMAN

Tarikh tutup DCS adalah pada 23hb NOVEMBER 2018

CHAT

 
Support : Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Hak Cipta
Copyright © 2015. PKG RANTAU PANJANG - All Rights Reserved
Template by zarrazonbiz Modified by PKGRPSEL
Proudly powered by Blogger