Selamat Datang ke Portal Sokongan

PELAKSANAAN DCS( DIGITAL COMPETENCY STANDARDS) MURID TAHUN 2017


Kementerian Pendidikan Malaysia danMalaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020). Fokus utama Pembestarian Sekolah (2016 – 2020) ialah  penambahbaikan secara sistemik melalui pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT); peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM; dan penilaian murid berasaskan keberhasilan, melalui salah satu inisiatif Digital Malaysia iaituDigital Tech @ Schools.
Standard Kompetensi Digital(Digital Competency Standards - DCS),yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid  dalam domain kognitif,  teknologi dan etika telah dibangunkan dan dirintis di 24 sekolah terpilih pada tahun 2015.  Instrumen penilaian DCS dalam bentuk gamifikasi(gamification)telah ditambah baik berdasarkan hasil kajian rintis tersebut. Pada tahun ini, 3,000 sekolah terlibat dalam pelaksanaan Fasa 1 Standard Kompetensi Digital(Digital Competency Standards - DCS). Penilaian ini akan dilaksanakan pada 10 April -15 Mei 2017 .
Klik  Portal Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards - DCS) untuk mengakses instrumen penilaian ini. Portal ini hanya boleh diakses melalui pelayar web Google Chrome.
2.    Sebanyak 275 buah sekolah negeri Selangor terlibat dengan DCS pada tahun ini.  5 buah sekolah ahli zon PKG Rantau Panjang yang terlibat adalah seperti di bawah. Rujuk dan semak nama sekolah anda di SINI
SEKOLAH YANG TELIBAT :
     1. BEA 3081 - SMK RANTAU PANJANG
     2. BBA 3010 - SK RANTAU PANJANG
     3. BBA 3032 - SK BESTARI JAYA
     4. BBA 3009 - SK PASANGAN
     5. BBD 3048 - SJKT BESTARI JAYA
3.     Pelajar yang akan dinilai dalam bentuk permainan penerokaan angkasa yang dinamakan “Tapir Hero” yang boleh diakses seperti maklumat di bawah.Gunakan ID berikut untuk mendapatkan token sekolah masing-masing.
  1. URL         :  http://best.moe.edu.my  ( Portal ini hanya boleh diakses melalui pelayar web Google Chrome)
  2. ID           :   SILA RUJUK EMAIL / WHATAPPS GRUP
  3. Password :   SILA RUJUK EMAIL / WHATAPPS GRUP
4.    Guru  diminta generate token bagi para pelajar dan pastikan cikgu mempunyai no IC atau MyKid untuk sekolah rendah untuk membantu memudahkan urusan log masuk ke ujian tersebut. Manual boleh rujuk di user guide laman web tersebut : http://best.moe.edu.my/guide/how-to-video.html  atau rujuk manual yang di lampir bersama email ini.

5.    Bilangan Responden adalah seperti berikut :
  1. Sekolah Rendah     : 2 kelas darjah 6  (minima 20 murid setiap kelas)
  2. Sekolah Menengah : 2 kelas Tingkatan 3 dan 2 kelas Tingkatan 5  (minima 20 orang pelajar)
  3. Sekolah Khas EPRD : sama dengan diatas kecuali minima pelajar adalah 30 orang setiap kelas daripada kelas pertengahan dan hadapan (rujuk senarai di website kami)
6.  Ujian akan bermula pada 10 April 2017 dan akan tamat pada 15 Mei 2017
7. Bersama ini di lampirkan
     6.1 surat punca kuasa klik DISINI ( jika nama sekolah tiada sila buat carian nama sekolah seperti dalam                 perenggan 2 , kerana ada penambahan sekolah oleh BTP. )
     6.2 Panduan ringkas DCS   klik DISINI
6. Sebarang masalah hubungi PKG atau whasapps 012-6970723








Share this post :
.

PENGUMUMAN

Tarikh tutup DCS adalah pada 23hb NOVEMBER 2018

CHAT

 
Support : Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Hak Cipta
Copyright © 2015. PKG RANTAU PANJANG - All Rights Reserved
Template by zarrazonbiz Modified by PKGRPSEL
Proudly powered by Blogger