![]() |
Dimaklumkan bahawa
berdasarkan surat arahan Pelaksanaan Program Kem Membaca 1Malaysia ( KM1M )
2017 ( rujukan : KP(BTP-PSP)8810/3/3/Jld.3(23) ) bertarikh 3 Mac
2017 , KM1M merupakan satu aktiviti tahunan KPM bertujuan untuk
mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai
aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid.
2. Program
KM1M 2016 akan diadakan serentak di seluruh negara selama tiga hari iaitu pada 4
hingga 6 April 2017 dengan tema Membaca Menjana Pemikiran 1 Malaysia.yang
mengsasarkan murid sekolah rendah dan juga menengah
3. Pelancaran peringkat Kebangsaan
akan diadakan pada 4 April 2017 di Auditorium
BTP, Bukit Kiara. Kuala Lumpur jam 8.00 pagi manakala pelancaran KM1M peringkat negeri Selangor akan di SMK Setia Alam,
4. Majlis
Pelancaran peringkat sekolah juga akan diadakan serentak di seluruh negara.pada 4 April
2017.
5. Sehubungan
itu, dipohon Guru Perpustakaan dan Media mengambil tindakan untuk melaksanakan
pelancaran dan program tersebut di sekolah masing-masing.mulai 4 hingga 6 April
2017.
6. Pelaporan
KM1M perlu dihantar secara hardcopy ke PKG Rantau Panjang sebelum 14 April 2017 untuk dihantar ke KPM.
7. Bersama
ini disertakan ( Sila klik link untuk Muat turun )
6. Sehubungan dengan itu, kerjasama dari
tuan/puan adalah amat dihargai dalam melaksanakan perkara diatas..Sebarang
pertanyaan sila berhubung terus ke talian 03-32710857 pada waktu
pejabat atau di talain peribad 013-2395557 (u/p) En. Razali bin
Said
Sekian,
untuk makluman dan tindakan.

