Selamat Datang ke Portal Sokongan

Pemantauan Capaian 1bestarinet dan Makmal VDI

Pemantauan telah di lakukan oleh 2 orang pegawai  BTPN Selangor iaitu En. sazali dan En. Hanif bersama En. Rahman pegawai PPD Kuala Selangor serta En. Razali PTP1 PKG Rantau Panjang pada 12 jan 2012 di 2 buah sekolah ahli PKG Rantau Panjang. Sekolah pertama yang di lawati ialah SJKT Ladang Kampung Baru dan seterusnya SJKT Ladang Nigel Gardner.

Antara isu pemantauan adalah untuk mengenalpasti punca kegagalan VDI Thien client gagal berfungsi samada ia berpunca dari masalah hardware atau software selain capaian internet 1bestarinet yang tidak stabil. Speed Test juga di lakukan untuk mengenal;pasti ISP yang terbaik di kawasan sekolah-sekolah tersebut .

PKG Rantau Panjang telah memberi pinjam 10 buah netbook kepada SJKT Ladang Kampong baru untuk Pdp untuk penyelesaian masalah hardware VDI .





Masalah VDI SJKT Ladang Nigel Gardner yang di kenalpasti ialah mnasalah software serta masalah VSAT. Pihak BTPN mencadangkan sekolah untuk meminta khidmat bantu PKG untuk menyelesaikan masalah tersebut .

Selain isu utama di atas, antara yang diutarakan oleh GB SJKT Ladang Nigel Gardner kebenaran untuk badan NGO membaik pulih VDI dan kerosakan makmal Komputer. Antara cadangan pihak BTPN ialah supaya pelan asal templete VDI tidak di ubahsuai kerana di khuatiri akan mengganggu penyelengaraan sistem apabila berlaku penyambungan kontrak Bitara. manakala pihak PPD mengalu-alukan NGO yang bermurah hati untuk menyumbang perkhidmatan kepada sekolah untuk memperbaiki Makmal Komputer.









Share this post :
.

PENGUMUMAN

Tarikh tutup DCS adalah pada 23hb NOVEMBER 2018

CHAT

 
Support : Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Hak Cipta
Copyright © 2015. PKG RANTAU PANJANG - All Rights Reserved
Template by zarrazonbiz Modified by PKGRPSEL
Proudly powered by Blogger