Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Majoriti
warga guru negeri Selangor telah pun menerima peranti Yes
Altitude untuk tujuan PDPC, Pengajaran dan Pemudah Caraan. Walaupun
begitu, terdapat sekumpulan kecil guru yang masih lagi tidak menerima
peranti ini kerana mungkin keciciran nama atau pun merupakan guru baru
posting.
Bersama ini dilampirkan dokumen sokongan untuk rujukan dan panduan pihak tuan/puan :
1. Slide YTL berkaitan Amalan Pendidikan Alaf Baru Menggunakan Peranti YES Altitude
2. Prosedur Peranti Altitude ( Pentadbir ) iaitu panduan Flow Chart daripada
PMO bagi tindakan
semasa terima, selepas terima sekiranya permasalahan
tidak cukup atau lebih, permohonan baru , dan
kerosakan Peranti . Mohon
pihak tuan membuat rujukan ini bagi jelas carta alir dan tindakan yang
perlu
diambil.
SILA MUAT TURUN ----->
PROSEDUR PERANTI ALTITUDE (PENTADBIR)
3. Borang Permohonan baru untuk dihantar ke PPD sekiranya tidak cukup atau guru baru posting
SILA MUAT TURUN -----> Borang Permohonan Baru or pemulangan ke PPD
4. Borang RMA bagi pemulangan telefon rosak disebabkan pengilangan oleh
sekolah ke PKG untuk
pengumpulan dan penghantaran ke BTPN.
PENTING :Adalah dimaklumkan pemulangan peranti YES Altitude yang rosak sebelum atau pada 14 Disember 2016 akan dikira sebagai kerosakan yang disebabkan pengilangan.
Kami berharap dalam tempoh masa berbaki 4 hari ini tuan/puan dapat
mengambil kesempatan yang ada untuk menghantar peranti bersama dokumen
yang dinyatakan seperti berikut :
4.1 Borang Permohonan Baru or pemulangan ke PPD (4 salinan asal)
4.2 BORANG RMA Device Rosak Ke PKG (4 salinan asal)
4.3 Surat iringan ke PKGRantau Panjang
Sekiranya berkaitan agihan telefon mohon rujuk kepada PPD ICT daerah
masing-masing dan pihak PKG menguruskan pemulangan Device rosak bersama
borang RMA oleh sekolah.
6.1 Bersama ini dilampirkan Tatacara Penggantian Kerosakan Peranti Ke PKG/BTPN untuk
rujukan dan panduan pihak tuan. Mohon kerjasama pihak sekolah membuat
semakan kerosakan peranti semua guru di sekolah dan sekiranya rosak,
mohon membuat laporan dengan segera mengikut tatacara yang dilampirkan.
SILA MUAT TURUN ----->
Tatacara Penggantian Kerosakan Peranti Ke PKG/BTPN
6.2 Pastikan terlebih dahulu anda menghubungi Talian Helpdesk Khas Untuk Altitude 018-3330000 bagi mendapatkan nombor aduan dan seterusnya mengisi borang RMA dan PKP-01 . Anda boleh membuat penghantaran Ke PKG dari 1hb-15hb setiap bulan.
6.3 Segala
jasa baik dan kerjasama pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan
terima kasih. Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi En. Sazali bin Ismail
03-5541 4476 ext 381.
Sekian.
SILA MUAT TURUN ----->
Tatacara Penggantian Kerosakan Peranti Ke PKG/BTPN
7. Panduan penggunaan Telefon YES Altitude boleh layari di http://bit.ly/PanduanAlt

