Pemantauan bersama PPD Dan PKG telah dipersetujui dalam mesyuarat task force VLE yang lalu yang mensasarkan sekolah-sekolah yang tidak mencapai KPI tetapi mempunyai peralatan ICT dan capaian internet yang baik.
Pada 26 April 2016, En. Mokhidin Bin Mastury Pen. PPD Teknik Dan Vokasional, PPD Kuala Selangor bersama PTP PKG Rantau Panjang Razali Bin Said telah memantau ke SJKT Bestari Jaya.
Proses pemantauan mendapat kerjasama yang baik dari Pn. Poomagal selaku admin VLE sekolah tersebut yang berjaya menepati instrumen pemantauan secara keseluruhannya.
Tahniah kepada pihak sekolah yang telah berjaya melepasi KPI dari minggu Ke 12 hingga 15 serta namun masih rendah jika dibandingkan jumlah keseluruhan murid.
Beberapa kekangan dan penambaikan di utarakan dari kedua belah bagi memastikan KPI vle berada pada tahap yang optimum di capai.
