Selamat Datang ke Portal Sokongan

Lawatan Jalinan Kasih GPM Daerah Kuala Selangor 2016

Program Lawatan Jalinan Kasih GPM Daerah Kuala Selangor Ke SK Batu 7 Tapah,Perak dan PKG Cameron, Pahang telah diadakan pada 27 dan 28 April 2016.

Suatu program yang direncanakan hasil idea Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Tanjong Karang, Shaharatul Aqidah Omar yang menggabungkan gpm dari sekolah ahli zon PKG Kuala Selangor,PKG Tanjong Karang, PKG Bukit Badong, PKG Jeram dan PKG Rantau Panjang. Konsep Lawatan Jalinan Kasih ini juga berkonsepkan keprihatinan dan khidmat bantu.

Hari pertama, 27 April 2016 ke SK Batu 7, Tapah, Perak yang merupakan sekolah 100% murid orang asli. Rombongan kami di sambut meriah oleh warga SKB7 yang di ketuai oleh Pn Hjh Hatiyah bt Hj Abu Hassan selaku Guru Besar serta Pegawai Teknologi Pendidikan Tapah Road En. Nor Azman bin Ikhwan.
Selepas acara sambutan dan penyerahan sumbangan, rombongan kami dibawa melawat PSS  untuk sessi khidmat bantu ringkas.

Peserta lawatan bermalam di Green Garden hotel, Brincang. Pahang.

Hari Kedua,  Lawatan Ke Ladang Strawberry ,  Lavender Cameron , Bee Farms dan Kea Farms.

Lokasi terakhir lawatan ialah PKG Cameron Highlands. Staff  PKG terdiri dari En. Fauzi selaku ketua PKG dan seorang Pembantu Takbir. Suatu majlis ringkas telah diadakan dengan ucapan ketua dari kedua belah pihak, penyampaian cenderahati dan sessi bergambar.

Terima kasih kepada semua Pegawai -pegawai Teknologi Pendidikan Daerah Kuala Selangor selaku JK pelaksana serta GPM daerah Kuala Selangor dan tidak lupa juga kepada guru-guru penolong kanan yang turut serta.

Tentatif Lawatan

  
Aturcara Majlis di SK Batu 7, Tapah.Perak.
 
Ketibaan kami di mualakan dengan sesi bergambar
 bersama Guru Besar / Komanden SK batu 7, Tapah Perak

  

hhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Ucapan Guru Besar /Komanden SK Batu 7, Tapah , Perak. Hjh Hatiyah Binti Hj. Abu Hassan


Ucapan Timbalan Ketua Daerah PKG Daerah Kuala Selangor. En. Razali Bin Said Pegawai Teknologi Pendidikan Rantau Panjang.Selangor.
Persembahan Bicara berirama dari murid-murid orang asli SK batu 7, Tapah, Perak. Persembahan yang sangat menarik dan menghiburkan.
Majlis menandatangani persetujuan jalinan permuafakatan dalam peningkatan kecemerlangan Pusat Sumber
 

Majlis Penyerahan Sumbangan GPM Daerah Kuala Selangor oleh Pn. Shaharatul Aqidah Omar . Pegawai penyelaras program lawatan,yang juga Ketua PKG Tanjong Karang
 Gambar kenangan selepas majlis sambutan dari kiri En. Muhamad Firdaus Samsuddin (PTP2 PKG Jeram), En. Ghazali Saari (Ketua PKG Sg.Besar), En.Razali Said (TKD PKG Daerah Kuala Selangor,Ketua PKG Rantau Panjang), En. Nor Azman Ikhwan (Ketua PKG Tapah Road), Hjh. Hatiyah Hj. Abu Hassan (Guru Besar SK Batu 7, tapah, Perak), Shaharatul Aqidah Omar (Ketua PKG Tanjong Karang).
Berdiri di belakang dari kanan En. Azmi Ahamad Shah ( Ketua PKG Jeram), En. Ramli Bayok (Ketua PKG Pasir Panjang), Zul Sahri Othaman (Ketua PKG Bukit Badong), En. Zilhayat Aimi Mokhtar (PTP2 PKG Bukit Badong)

Melawat Pusat Sumber Sekolah SK Batu 7, Tapah, Perak.
Khidmat bantu Ringkas
Bergambar dengan murid orang asli SK Batu 7, Perak.

Kita minum dulu, berhanti rehat di bahrat tea sebelum menyambung perjalanan ke Lokasi penginapan
Bermalam di Hotel Green Garden, Brincang
Lokasi terakhir lawatan, PKG Cameron Highlands
Ketua PKG Cameron Highlands, En. Fauzi
Majlis ringkas sambutan
Maajlis penyampaian cenderahati
Share this post :
.

PENGUMUMAN

Tarikh tutup DCS adalah pada 23hb NOVEMBER 2018

CHAT

 
Support : Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Hak Cipta
Copyright © 2015. PKG RANTAU PANJANG - All Rights Reserved
Template by zarrazonbiz Modified by PKGRPSEL
Proudly powered by Blogger