PKG Rantau Panjang telah menggerakkan pasukan Juruteknik komputer PKG Daerah Kuala Selangor selama 3 hari bermula 26 - 29 mac 2018 di 5 buah sekolah ahli yang telibat.
Hari pertama (26 mac 2018) pasukan yang terdiri dari 4 orang Juruteteknik Komputer telah melalukan khidmat bantu di SJKT Ladang Kampong Baru. Skop kerja, memasang semula rangkaian dan perkakasan VDI Thien Client yang telah di rungkai sebelum ini. Dapatan khidmat bantu, server VDI telah berjaya di pulihkan namun kebanyakan komponen VDI seperti keyboard dan mouse telah rosak akibat di gigit tikus. Sambungan ke port internet OCPE masih belum dapat di lakukan kerana kekurangan perkakasan sesuai. Pihak PKG akan kembali semula kesekolah ini ini menyambungkan talian internet ke port VDI.
Hari kedua (27 Mac 2018), 2 buah sekolah terlibat terlibat iaitu SJKT Ladang Hopefull dan SJKT Ladang Nigel Gardner. Situsi di SJKT Ladang Hopefull, server VDI berjaya di pulihkan namun begitu akibat dari pendawaian elektrik yang bermasalah di dalam bilik ICT sebahagian sahaja komponen yang berjaya di pulihkan. Capaian internet VSAT juga amat lemah dan Frog Appliance juga gagal berfungsi .Berlainan pula situasinya di SJKT Ladang Nigel Gardner, Server berjaya di pulihkan dan semua komponen VDI berjaya di hidupkan. Namun begitu, akses penyambungan ke internet gagal di lakukan kerana tapak asal penyambungan adalah amat jauh setelah pemasangan pelan baru OCPE di sekolah terbabit.
Hari ketiga (28 Mac 2018) , hari terakhir ke SJKT Ladang Sungai Tinggi dan SJKT Ladang Mary. Perjalanan agak mencabar kerana jalan yamg kami tempuhi agak kurang baik. Situasi di SJKT Ladang Mary, server gagal di pulihkan kerana masalah troubleshoot yang memakan masa yang terlalu lama serta berkemungkinan hardware berada pada tahap kritikal untuk berfungsi. Internet VSAT juga tiada capaian kerana modem telah rosak. Pihgak PKG meminta sekolah untuk membuat laporan kerosakan modem. Pihak PKG akan datang sekali lagi untuk menyelesaikan masalah server VDI sekolah ini.
Sekolah terakhir pada hari ketiga ialah, SJKT Ladang Sungai Tinggi, Hasilnya, server berjaya di pulihkan namun agak malang apabila salah satu komponen iaitu splitter rosak maka rangkaian ke semua komponen gagal disambung. Sekolah ini juga bermasalah capaian internet VSAT kerana modem rosak sekali lagi selepas beberapa minggu di ganti baru. Pihak PKG mencadanglkjan sekolah untuk mengganti komponen splitter dan membuat aduan kerosakan modem.
Pihak PKG Rantau Panjangf merakamkan jutaan terima kasih kepada juruteknik Komputer daerah Kuala Selangor yang banyak membantu dalam menjayakan bengkel khidmat bantu ini.



