Selamat Datang ke Portal Sokongan

Lawatan Jalinan Kasih sekolah ahli PKGRP 2018

Lawatan Jalinan Kasih Pengetua Guru Besar (PGB), guru perpustakaan dan media (GPM) dan guru penyelaras ICT (GICT) sekolah ahli PKG Rantau Panjang ke SK Sungai Melut (A), Sepang pada 1 Mac 2018.

Rombongan yang di rancang dalam tempoh sebulan selepas di persetujui dalam mesyuarat JKPA PKG Ranatau Panjang bil 01/2018 yang lalu. Sasaran peserta adalah terdiri daripada ketua pentadbir sekolah, GPM dan GICT dari 11 buah sekolah ahli PKG Rantau Panjang yang keseluruhannya berjumlah 37 orang peseerta termasuk 3 orang pegawai PKG.

Sekolah Kebangsaan Sungai Melut(A), Sepang ini di pilih kerana bersesuaian dengan objektif  lawatan yang lebih menumpukan kepada sekolah SKM bersesuaian dengan budaya dan persekitaran sekolah ahli PKG Rantau Panjang.Kenapa kami pilih sekolah ini , semestinya kerana kehebatan dan keunikannya. Tonton  dan lihatlah sendiri di  Youtube di bawah dan juga di portal sekolah tersebut https://sksungaimelut.weebly.com/



Ini tambahan input mengenai sekolah SK Sungai melut (A) . Liputan portal CILISOS mengenai sekolah ini dalam bahasa inggeris.

This Orang Asli school in Sepang has a hipster café for its students, among other cool things. https://cilisos.my/this-orang-asli-school-in-sepang-has-a-hipster-cafe-for-its-students-among-other-cool-things/

Uniknya  peserta rombongan lawatan  kami terdiri dari 3  kumpulan utama dalam sesebuah sekolah yang di gabungkan ke arah satu perkongsian yang terarah. Makanya semua arah dalam sekolah ini kami terjah.

Bertolak pergi dari SK Pasangan seawal 8.30 pagi dan  perjalanan yang sepatutnya mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah telah terganggu oleh kesesakan lalu lintas yang tidak terduga. Selamat sampai lebih kurang jam 11.30 tengahari ke sekolah berkenaan. Kami di sambut oleh barisan murid dan guru-guru SK Sungai Melut(A).

Ringkasan cerita bersama tentatifnya adalah seperti di bawah

1. Sessi bergambar di dataran sekolah dan mendaftar sebagai pelawat melaui sistem qr Code yang di bina di hampir keseluruhan kawasan sekolah. Kami sangat bertuah kerana menjadi pelawat luar yang pertama yang menggunakan sistem QR code sekolah ini. memang Ohsem.
                                                                  Daftar Pelawat dengan sistem QR Code

2. Melawat persekitaran sekolah taman orkid, Taman herba, Pondok, Mural ,zoo mini, kelas-kelas, Cafe d Mama , surau, Bilik khas dan tandas .

Taman Herba - Taman Agro - Taman Orkid ( Maklumat tentang tumbuhan di sini boleh di dapatkan menggunkan scan QR code
                       ZOO Mini - Di sini juga menggunakan scan QR code utk mendapatkan                                     maklumat binatang  yang di pelihara.
                        



Makmal Sains yang berlangitkan Sistem Suria

Lukisan Mural yang cantik

Cafe d' Mama

3. Melihat demontrasi murid menganyam dan kraftangan di Pundung Sangai
Pundung Sangai

4. Pameran alatan sukan memanah yang merupakan kebitaraan sekolah. Nasib baik takda demontrasi kalau tidak admin nak mencuba juga memanah hati di taman cia..cia..cia..



4. Melawat Pusat Sumber Sekolah yang di kenali sebagai Kitai Muhai
Pusat Sumber Sekolah Kitai Muhai

5. Melawat makmal Komputer Sekolah yang merupakan killer product sekolah ini.Satu-satunya kat Malaysia Makmal komputer sekolah berkonsepkan Cafe Cyber ala hipster. Admin bagi 5/5 bintang memang unik dan memukau. rasa nak mengajar kat sekolah ni .
Makmal Komputer sekolah yang berkonsep hipster cyber cafe

6. Majlis perkongsian sekolah amalan terbaik oleh Guru Besar.SK Sungai Melut(A) Puan Zaharah binti Salleh, Banyak input yang di beri, rugi kalau tak cedok dan salah satu perkongsiannya adalah mendapat sumbangan dari internet untuk projek sekolah dari https://www.100percentproject.org/ Anda boleh lihat sendiri bagaimana projek yang di pohon oleh GB dan berjaya mendapat sumbangan  di sini https://www.100percentproject.org/en/booksforlibrary?ref=home_recommended


8. Perkongsian Ilmu dari PK 1 Mohd Fazli Abdul Manaf mengenai sistem QR code sekolah.


7. Ucapan Balas dari ketua rombongan Pengerusi JKPA PKG Rantau Panjang Guru besar SK Jalan        Raja Musa NIzamuddin Hj Zakaria


8. Penyampaian cenderahati dari kedua belah pihak

9. Jamuan makan tengahari ala kampung memang marbelous sedap- MAAF GAMBAR TIDAK DAPAT DI SIARKAN KERANA SEMUA JURUGAMBAR SEDANG TEKUN MENJAMU SELERA.

Tepat jam 2.30 petang , rombongan kami bertolak pulang

Admin mencadangkan , Lawatlah sekolah ini sebab semua pakej ada disni dan berbaloi untuk dikongsikan bersama.

Akhir kata,Sekalung penghargaan dan terim kasih admin ucapkan kepada seluruh warga SK Sungai melut(A) , wakil PPD Sepang , Ketua dan PTP PKG Salak , ketua PKG Bukit Badong dan Pengetua guru Besar, GPM serta GICT sekolah ahli PKG Rantau Panjang yang memberi kerjasama dalam menjayakan program ini.

Minta maaf, Jika penulisan ini kurang berkualiti dan semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Share this post :
.

PENGUMUMAN

Tarikh tutup DCS adalah pada 23hb NOVEMBER 2018

CHAT

 
Support : Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Hak Cipta
Copyright © 2015. PKG RANTAU PANJANG - All Rights Reserved
Template by zarrazonbiz Modified by PKGRPSEL
Proudly powered by Blogger