Selamat Datang ke Portal Sokongan

Bengkel Video & foto editing



Bengkel Video & Foto Editing telah diadakan di PKG Bukit Badong pada 12 Julai 2017 . Peserta bengkel terdiri dari 35 orang Guru Penyelaras Bestari dan Guru ICT yang menggabungkan Zon PKG Bukit Badong, PKG Rantau Panjang dan PKG Jeram.

Penceramah di jemputan adalah Pegawai Teknologi Pendidikan dari PKG Kuala Selangor iaitu
Encik Azlan Bin Mat ( Ketua Pusat Kegiatan Guru Daerah Kuala Selangor )

Perjalanan aktiviti :

Taklimat ringkas diadakan sebelum para peserta mula install beberapa aplikasi seperti Video Scrap, Pro Show dan Coral Video Studio ke dalam komputer riba mereka.  Bengkel yang mempunyai tiga slot ini, dimulakan dengan pengenalan tentang aplikasi yang telah diinstall sebelum diteruskan ke slot yang kedua dimana para peserta diminta membina bahan video dalam aplikasi Video Scrap dan Pro Show. Bagi slot ketiga pula, para peserta diminta untuk memasukkan bahan untuk disunting di dalam aplikasi Coral Video Studio sebelum pengisian SPL KPM Online dijalankan.

Objektif aktiviti tercapai / tidak tercapai :

Secara keseluruhannya,  para peserta dapat menghasilkan satu bahan dengan menggunakan aplikasi suntingan yang telah ditunjukkan oleh penceramah. Minat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para peserta dapat menggalakkan pemikiran kreatif dan inovatif dalam diri guru-guru. Disamping itu, kemahiran menyunting foto dan video berjaya diperoleh para peserta bengkel ini.

Impak daripada aktiviti :

Berdasarkan bahan yang telah dihasilkan oleh para peserta, kemahiran asas penyuntingan foto dan video telah dapat diterima oleh mereka. Namun kefahaman akan lebih diperoleh apabila kemahiran tersebut kerap digunapakai di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti.

Lain-lain yang berkaitan :

Penyebaran tentang kemahiran penyuntingan foto dan video kepada tenaga pengajar amat diharapkan agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat diselaraskan dengan pembelajaran abad ke-21.




Share this post :
.

PENGUMUMAN

Tarikh tutup DCS adalah pada 23hb NOVEMBER 2018

CHAT

 
Support : Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Hak Cipta
Copyright © 2015. PKG RANTAU PANJANG - All Rights Reserved
Template by zarrazonbiz Modified by PKGRPSEL
Proudly powered by Blogger