Perancangan awal PKG untuk mengadakan Khidmat Bantu ICT (SSQS) mensasarkan 5 buah sekolah ahli yang menggunakan makmal komputer VDI Thien Client yang menghadapi masalah gagal berfungsi yang berpunca dari kerosakan software atau hardware. Selain dari itu, 4 dari sekolah tersebut menggunakan teknologi VSAT yang sering menghadapi masalah capaian internet yang lemah di samping dalam mengendalikan Frog Appliance .Beberapa aspek teknikal telah dikenalpasti oleh PKG yang boleh diselesaikan antaranya pengubahsuaian networking internet ke perkakasan. Di samping membantu pihak sekolah dalam meningkatkan kulaiti elemen-elemen SSQS
yang dinilai sebelum ini.
Pihak PKG hanya dapat melaksana di 3 buah sekolah sahaja iaitu di SJKT Ladang Mary pada 18 April 2017, SJKT Ladang Kamoong Baru pada 19 April 2017 dan di SJKT Ladang Nigel Gardner pada 3 Mei 2017.
1. OBJEKTIF
1.1 Menggunakan Khidmat kepakaran dan
nasihat Pegawai Teknologi Pendidikan dan PPTM PKG Rantau Panjang dalam
menyelesaikan isu-isu teknikal dan pengurusan
1.2 Mendedahkan pegawai dan staf kepada nilai kerja berpasukan disamping
mengukuhkan persefahaman serta pengetahuan
1.3 Membantu pihak sekolah dalam
meningkatkan kualiti penacapain elemen SSQS yang berkaitan.
2.
PERJALANAN AKTIVITI
2.1 Skop kerja :
2.1.1 Membantu tugas-tugas pengurusan aset ICT di sekolah
dibawah penyeliaan Pengetua/ Guru
Besar/ / Guru ICT
2.1.2
Menyelenggara kemudahan ICT, perisian,
perkakasan dan aplikasi yang dibekalkan oleh KPM/ BTP/JPN/PPD/PKG serta
menyelesaikan masalah teknikal
2.2 Proses kerja
2.2.1 Membaik pulih networking WIFI dan
pengubahsuaian LAN VDI Thien Client.
2.2.2 Membuat konfigurasi Frog
Appliance .
3.2.2
Menaik taraf MS office Netbook 1 Malaysia (NB1M)
4. KEKUATAN
4.1 Berjaya
mengubahsuai sistem LAN VDI
4.2 NB1M
boleh mengekses Internet melalui kabel LAN VDI
4.3 MS office NB1M telah diaktifkan secara atas
talian
4.3 Dapat mengenalpasti permasalahan VDI, dan konfigurasi
Frog Apliance (FA)
5. KELEMAHAN
5.1 Masalah
FA apabila mendapati Laman Frog VLE gagal di akses melaui laman myschool.
tetapi boleh
jika secara online
5.2 Capaian
Internet secara WIFI gagal kerana router tiada kabel kuasa.di SJKT Ladang Mary dan SJKT Ladang Nigel Gardner
5.3 Guru ICT
tiada panduan manual menggunakan FA dan di dapati
pendrive FA tiada di peranti tersebut di SJKT Ladang Mary dan SJKT Ladang Nigel Gardner

