Selamat Datang ke Portal Sokongan

Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit 2017 (Maklumat tambahan)

Tahukah anda bahawa tarikh 23 April setiap tahun merupakan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia (World Book and Copyright Day)?

Bersempena dengan sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia ini, pihak Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bersama dengan Perbadanan Perpustakaan Negeri bekerjasama menganjurkan aktiviti “Jom baca bersama untuk sepuluh minit” pada hari Selasa, 25 April 2017. 

Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit merupakan acara tahunan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Se-Malaysia (MPAM) Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Jom Baca Bersama untuk 10 Minit berjalan serentak di 14 negeri dengan menyasarkan lebih daripada 2.6 juta penyertaan daripada pelbagai peringkat umur dan lapisan masyarakat.

Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit boleh dilakukan di mana-mana sahaja dengan membaca apa sahaja bentuk bahan bacaan yang digemari. 

Konsep program ini diilhamkan daripada sambutan Earth Hour di mana semua peserta tanpa mengira apa jua aktiviti yang sedang dilakukan akan bersama-sama berhenti sebentar dan membaca selama 10 minit secara serentak.

Tujuannya untuk mendorong rakyat membaca, bermula dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan.

Moga pelaksanaan program ini dapat memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia sekaligus menjadikan perpustakaan awam negeri-negeri seluruh Malaysia relevan dalam masyarakat dan memartabatkan pustakawan sebagai warga pendidik selepas sekolah.

Siapa boleh sertai?
Semua warga KPM dan sesiapa sahaja yang cintakan buku. 

Bila?
Pukul 11.00 hingga 11.10 pagi (selama 10 minit) pada 25 April 2017 (Selasa) 

Bagaimana untuk sertai? 

1. Sediakan atau bawa sejudul buku bersama-sama anda;

2. Baca buku yang dibawa tepat pada 11.00 pagi (walaupun sedang dalam mesyuarat) selama 10 minit; dan

3. Rakam foto aktiviti membaca ini dan hantar satu foto terbaik ke mbkmmoe@gmail.com sebelum pukul 5.00 petang pada hari yang sama. Labelkan foto tersebut dengan nama bahagian atau jabatan anda. 

# Foto anda akan dimuat naik ke laman facebook Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dan foto yang menerima paling banyak 'like' pada pukul 3.00 petang 27 April akan menerima hadiah misteri

Share this post :
.

PENGUMUMAN

Tarikh tutup DCS adalah pada 23hb NOVEMBER 2018

CHAT

 
Support : Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Hak Cipta
Copyright © 2015. PKG RANTAU PANJANG - All Rights Reserved
Template by zarrazonbiz Modified by PKGRPSEL
Proudly powered by Blogger