Jerayawara Daerah Kuala Selangor telah di adakan di Dewan Keramat, SK Tanjung Keramat, Kuala Selangor pada 2 Mac 2017. Program tersebut bermula jam 8.30 pagi yang di sasarkan kepada Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Daerah Kuala Selangor. Jerayawara pada tahun ini adalah untuk memberi taklimat tentang nilam yang di tambah baik kepada GPM.
Tentatif Program
Tentatif Program
8.00 pagi - Ketibaan
jemputan/ahli mesyuarat
8.30 pagi - Ucapan aluan Pengacara
Majlis, Ketua PKG Jeram, zmi Bin Ahamad Shah
- Bacaan Doa, PTP PKG Kuala Selangor, Abdul rahim Bin Razali
- Ucapan Penolong
Pengarah
Unit UPSP BTPN Selangor, Norasiah binti Mokhti
- Taklimat
Nilam di tambah baik,
Pegawai kanan UPSP BTPN Selangor, Zulkifile Bin Mat taib
Pegawai kanan UPSP BTPN Selangor, Zulkifile Bin Mat taib
- Sesi soal jawab
10.30
pagi - Rehat ( minum pagi )
Ringkasan Nilam yang di tambah baik
Program NILAM yang ditambahbaik telah dirintis di 104 buah sekolah di Selangor pada tahun 2016. Hasil daripada rintis tersebut, satu format perekodan NILAM yang baharu telah disediakan. Format Buku Rekod NILAM yang terkini dengan penambahbaikkan oleh pihak Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia ini akan mula digunakan mulai sesi persekolahan 2017 secara soft start dan akan digunakan sepenuhnya mulai tahun 2018.
Untuk sesi persekolah 2017 ini, Buku Rekod NILAM format yang lama masih boleh digunakan dan penggunaan buku rekod format yang ditambah baik akan digunakan setelah buku yang lama habis digunakan.
MUAT TURUN PANDUAN NILAM YANG DI TAMBAH BAIK di sini
Contoh Buku Rekod NILAM yang ditambahbaik boleh dirujuk pada e-book melalui pautan di bawah:
TAMBAHAN BAHAN POWER POINT.- Klik untuk muat turun
a. Slide Taklimat NILAM Ditambah Baik yang boleh digunakan dalam taklimat PKG kepada Sekolah
b. Slide Taklimat NILAM Ditambah Baik SM - Guru kepada murid
c. Slide Taklimat NILAM Ditambah Baik SR (SK) - Guru kepada murid
d. Slide Taklimat NILAM Ditambah Baik SR (SJKC) - Guru kepada murid
e. Slide Taklimat NILAM Ditambah Baik SR (SJKT) - Guru kepada murid
| Ucapan dari Penolong Pengarah UPSP BTPN Selangor Norasiah Binti Mokhti |
| Taklimat di berikan oleh Pegawai kanan UPSP BTPN Selangor Zulkifile Bin Mat Taib |
| Sessi Soal Jawab dan Taklimat Nilam yang di tambah baik |
