Selamat Datang ke Portal Sokongan

Data Plan Terbaru PERCUMA 4GB 1Bestarinet untuk Guru oleh YES

Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Semenjak peralihan dari 1Bestarinet fasa 1 kepada fasa 2, banyak perubahan yang dilakukan. Salah satu daripada perubahan yang menarik untuk saya kongsikan di sini ialah perubahan plan data 1Bestarinet khas untuk warga guru.





Pelan data kali ini terbahagi kepada 2 bahagian. Yang pertama adalah 2GB data LTE jika anda adalah pengguna telefon Altitude Yes dan yang kedua pula ada 2GB data bagi pengguna broadband Yes seperti Dongle, Huddle atau Zoom. Untunglah bagi warga guru yang memiliki telefon pintar Altitude.

Yes Huddle
Yes Dongle
Yes Zoom
  
 Andai kata data sedia ada tidak mencukupi dan ditambah dengan bajet yang mengizinkan, kita juga boleh menaik taraf langganan sedia ada kepada 1BN Postpaid Teacher Plan 29 dengan tawaran sebanyak RM29 sahaja. Agak boleh tahan. Cumanya, untuk menikmati 8GB ini, kita perlulah membeli telefon Altitude Yes ni.

Telefon jenis LTE yang murah dipasaran.

Apa yang kita perlukan untuk menggunakan 2GB data percuma ini ialah dengan memiliki Dongle Yes.


Setelah itu, log masuk dengan menggunakan YES ID anda. Pastikan anda adalah seorang guru. Jika bukan (murid/staf/admin), anda hanya diberikan 200mb daripada Yes.

Masuk ke dalam website YES, www.yes.my

Pergi ke pilihan My Account.


Rupa akaun YES di bawah tajaan 1Bestarinet.
Lepak petang tadi katanya Sabak Bernam pun akan terima Yes Altitude. Harap-harap lah.

Terdapat 2 jenis data dalam akaun YES anda.
Gunakanlah dengan sebaiknya data yang diberikan.
Log masuk ke dalam Frog tidak menggunakan data sedia ada. 
Untunglah siapa yang menggunakan platform FROG VLE.
Share this post :
.

PENGUMUMAN

Tarikh tutup DCS adalah pada 23hb NOVEMBER 2018

CHAT

 
Support : Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Hak Cipta
Copyright © 2015. PKG RANTAU PANJANG - All Rights Reserved
Template by zarrazonbiz Modified by PKGRPSEL
Proudly powered by Blogger