Selamat Datang ke Portal Sokongan

5 prosedur pelaksanaan Profil Baharu Bandwidth 1Bestarinet



5 Prosedur Pelaksanaan Profil Baharu Bandwidth 1BestariNet. Satu infografik khas untuk perkara baru yang penting ni. 5 Prosedur. Semua sekolah kena buat. Harap semua dapat faham apa patut buat berdasarkan infografik ringkas ni.

Manual dan tatacara boleh dimuaturun melalui url 1bnselfcare.yes.my atau 1bestarinet.net.



Perkara ini MESTI DILAKSANAKAN DI SEMUA SEKOLAH bagi memastikan kelancaran proses pengurusan bandwidth untuk pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pengurusan dan pentadbiran (PdT) di semua sekolah yang menggunakan teknologi 4G dapat dilaksanakan dengan sempurna dalam masa yang ditetapkan. Kegagalan pihak sekolah melaksanakan langkah-langkah seperti yang dinyatakan akan menyebabkan kelewatan pembekalan bandwidth yang ditetapkan mengikut kontrak di lokasi yang telah dikenal pasti serta kelewatan pengagihan pelan data individu. Semua proses seperti yang dinyatakan, dipantau oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui pusat pemantauan 1BestariNet KPM dan status pelaksanaan dilaporkan kepada pelbagai aras pengurusan KPM secara berjadual bagi memastikan keberkesanan dan keberhasilan pelaksanaan 1BestariNet Fasa 2 KPM.

Ada lima prosedur penting di sini iaitu :
1.    PROSEDUR MENDAFTAR MAKLUMAT GURU
2.    PROSEDUR MENGESAHKAN LOKASI PERANTI ZOOM
3.    PROSEDUR MENGESAHKAN MAKLUMAT LOCAL AREA NETWORK (LAN)
4.    PROSEDUR MENGESAHKAN PROFIL BANDWIDTH
5.    PROSEDUR MENDAFTAR PERANTI PEJABAT/PERIBADI UNTUK ZOOM DI LOKASI PEJABAT PENTADBIRAN SEKOLAH

Guru
 Bagi memastikan guru mempunyai kemudahan internet untuk PdP atau PdT, semua guru akan dibekalkan dengan pelan data individu 2Gb setiap bulan. Pendaftaran yang tidak dilaksanakan sebaiknya akan menyebabkan guru tidak mendapat kemudahan pelan data yang disediakan seterusnya mengganggu proses PdP dan/atau PdT yang dijadualkan. Proses pendaftaran dan penyemakan boleh dilaksanakan menggunakan ID Sekolah menerusi url 1bnselfcare.yes.my

ZOOM
Pembekalan profil secara khusus/tetap akan dibekalkan seperti Jadual 1 berikut:

 


Jika lokasi penempatan Zoom tidak didaftarkan dengan tepat maka agihan profil tidak dapat dilaksanakan dan tujuan PdP serta PdT yang dihasratkan KPM tidak akan berlaku.

Local Area Network (LAN)
Pengurusan bandwidth melalui LAN akan memastikan perkhidmatan internet yang dibekalkan hanya digunakan untuk tujuan PdP dan PdT dengan lebih berkesan

SAP dan SPP
Memastikan perkhidmatan profil bandwidth yang dibekalkan menepati syarat kontrak dengan cara:
i.    Mengesahkan perkhidmatan bandwidth yang ditetapkan mengikut kontrak dengan melengkapkan SAP.
ii.    Menguji dan mentauliah profil yang dibekalkan dengan melengkapkan SPP.
iii.    Menghantar dokumen asal SAP, SPP ke BTP dalam masa yang ditetapkan

Peranti Berdaftar

Memastikan HANYA peranti yang berdaftar sahaja digunakan untuk tujuan PdT dan pengisian data sekolah di pejabat pentadbiran menggunakan bandwidth yang dibekalkan. Peranti yang menggunakan bandwidth untuk tujuan peribadi akan menyebabkan kesesakan talian.

 Muaturun Panduan Pengguna di sini : http://1bestarinet.net/wp-content/uploads/2016/08/Panduan-Pengguna.pdf 

Muaturun surat siaran di sini : http://1bestarinet.net/wp-content/uploads/2016/08/Surat-KPM.pdf













Share this post :
.

PENGUMUMAN

Tarikh tutup DCS adalah pada 23hb NOVEMBER 2018

CHAT

 
Support : Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Hak Cipta
Copyright © 2015. PKG RANTAU PANJANG - All Rights Reserved
Template by zarrazonbiz Modified by PKGRPSEL
Proudly powered by Blogger