Bertarikh 25 April 2016, jam 9 pagi merupakan satu detik pertemuaan yang penuh bermakna kepada pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan Daerah Kuala Selangor yang melakukan kunjungan mesra kepada KPPD Kuala Selangor yang Baru iaitu Puan Marpuaton Binti Sastero.
Kunjungan mesra ini di ketuai oleh En. Azlan Bin Mat selaku Ketua PTP Daerah Kuala Selangor.
Pertemuaan ini berlangsung dengan penuh muhibbah dalam mengukuhkan hubungan PPD dan PKG sebagai pemangkin dasar-dasar KPM.
Perkongsiaan KPPD dalam menyampaikan hasrat,misi dan visi beliau untuk menjadikan daerah Kuala Selangor terbilang dan gemilang.
Pihak PKG berkesempatan menyampaikan isu isu semasa skop kerja serta mengutarakan beberapa cadangan penambahbaikan hubungan dua hala PKG Dan PPD.
