Program Khidmat Bantu PSS yang dianjurkan oleh Pusat Kegiatan Guru Rantau Panjang telah dijalankan bermula pada 26-28 OGOS 2014 di PSS Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang. Seramai 12 orang peserta yang terdiri daripada Guru Perpustakaan dan Media sekolah-sekolah kelompok, telah dilibatkan dalam program tersebut.
Program khidmat bantu ini dibuat bagi meningkatkan kecekapan pengurusan Pusat Sumber secara keseluruhan khususnya dalam pengurusan bahan, fizikal (susun atur dan keceriaan) serta sistem pentadbiran.


